Selasa, 24 November 2009

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KEMAHANG 1

Sekolah Kebangsaan Kemahang Satu (SKK1) mula dibuka dan menerima pelajar pada 01.01.1983 dengan nama Sekolah Kebangsaan LKTP Kemahang. Guru Besar pertamanya ialah En. Ishak B Abd Rahman.

Di awal penubuhanya, murid adalah terdiri daripada anak-anak peneroka dari Felda Kemahang 1 dan Kemahang 2 iaiti seramai 223 orang dengan enam bilik darjah dan 12 orang guru.

Awal tahun 1985, kemasukan murid begitu mendadak disebabkan pembukaan Felda Kemahang 3 dengan kemasukan peneroka baru. Pelajar dari Felda Kemahang 3 diangkut dengan menggunakan bas yang di sediakan oleh Felda.

Disebabkan pertambahan murid yang pesat dan sekolah ini tidak lagi mampu untuk menampung murid lebih daripada 1200 orang walaupun diadakan dua sesi. Maka memaksa sekolah ini dipecahkan kepada dua iaitu Sekolah Kebangsaan Kemahang 3 pada tahun 1986 dan serentak dengan itu juga Sekolah Kebangsaan LKTP Kemahang ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Kemahang 1.

Awal tahun 1986 pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka dari Felda Kemahang 1 dan Kemahang 2 kembali seperti mana di awal penubuhannya.

Awal tahun 1992, pertambahan murid yang semakin meningkat dan memaksa dipecahkan sekali lagi kepada Sekolah Kebangsaan Kemahang 2. Sekolah Kebangsaan Kemahang 1 mengadakan sesi persekolahan di sebelah pagi dan Sekolah Kebangsaan Kemahang 2 di sebelah petang di bangunan sekolah yang sama.

Perkongsian bangunan ini berjalan beberapa tahun dan memaksa Sekolah Kebangsaan Kemahang 2 memohon bangunan baru. SKK2 berpindah sepenuhnya ke bangunan baru di tapak sekolah baru pada tahun 1996.

SKK1 kekal di tapak asalnya dengan pelajarnya terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Kemahang 1, anak Staf Felda dan Kilang Sawit Kemahang serta anak-anak penduduk tempatan sehingga sekarang dengan murid berjumlah 397 orang.

SENARAI GURU BESAR:
  1. En. Ishak B. Ab Rahman (1983-1986)
  2. En. Ab. Aziz Yaakub (1987-1990)
  3. En. Wan Ismail Wan Hussin (1991-1995)
  4. En. Abdullah Ab. Rahman (1996-1998)
  5. En. Hussin Awg. Hamat (1998-2003)
  6. En. Zakaria B Yaacob (2004-Sekarang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan